Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS SUMBANGAN RAMADAN DI PPR COCHRANE PERKASA

12 September 2009 Sabtu
22 Ramadan 1430H
PPR Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur

Sekali lagi Yayasan Prihatin Titiwangsa meneruskan program kebajikan di bulan yang mulia ini.
Kali ini ianya berlangsung di Surau Babul Khairat, PPR Cochrane Perkasa. Seramai 96 orang terlibat menerima sumbangan sempena bulan Ramadan 1430H. Mereka terdiri daripada Ibu Tunggal, OKU, Anak Yatim, Fakir Miskin dan seorang warga keturunan India yang mendapat sebuah kerusi roda baru.
Majlis dirasmikan oleh YB Dr. Lo' Lo' Dato Hj Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa.
Majlis dimulakan dengan acara Khatam AlQuran oleh pihak Muslimat. Seterusnya dengan Tazkirah ringkas, Ucapan YB Dr. Lo' Lo' dan penyampaian sumbangan. Di penghujungnya, semua yang hadir dijamu dengan berbuka puasa di surau tersebut.
Sekalung terima kasih di ucapkan kepada YB Dr. Lo' Lo', Ahli Parlimen Titiwangsa kerana turut hadir sama meraikan majlis tersebut walaupun kesihatan beliau belum pulih sepenuhnya. Tidak dilupakan kepada semua petugas yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Khususnya kepada para dermawan yang pemurah dalam menyalurkan dana sehingga majlis ini dapat berlangsung dengan jayanya.
Semoga Allah SWT membalas dengan ganjaran yang sepatutnya kepada semua yang terlibat.
Berikut adalah suasana di majlis tersebut untuk tatapan semua.












































Tuesday, September 15, 2009

Majlis Sumbangan Ramadan di PPR Laksamana

11 September 2009 Jumaat
21 Ramadan 1430H
PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur


Pihak Yayasan Prihatin Titiwangsa telah menganjurkan Majlis Sumbangan Ramadan
Di PPR Laksamana dengan kerjasama Pejabat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa.

Seramai 84 orang penerima sumbangan telah berjaya diagihkan.
Mereka terdiri daripada golongan Ibu Tunggal, OKU dan Anak-Anak Yatim.

Majlis berlangsung di Surau PPR Laksamana yang mana pihak AJK Surau dan Jawatankuasa Penduduk PPR telah memberi kerjasama yang erat bagi menjayakan majlis tersebut.

Tidak dilupakan juga kepada para penyumbang yang ikhlas menyalurkan dana bagi meringankan beban golongan yang amat memerlukan di bulan yang mulia ini.

Semoga semua yang terlibat mendapat ganjaran yang setimpal dariNYA.

Berikut adalah suasana sepanjang majlis tersebut;