Saturday, December 19, 2009

KEM WAJA RADA 2009

30 Oktober 2009 - 1 November 2009 (Jumaat - Ahad)
Kem Rimba Ria, Suara Hutan Sg. Congkak

Seramai 58 (48 Lelaki/10 Perempuan) orang remaja berusia antara 13 - 17 tahun yang terdiri daripada anak-anak yatim dan anak kepada ibu tunggal telah menyertai program anjuran Yayasan Prihatin Titiwangsa dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
.
Sebuah bas disewa khas membawa remaja-remaja ini dari perumahan PPR mereka di sekitar Kuala Lumpur.
.
Bertujuan memberi pendedahan dan mendidik remaja mengenai bahayanya najis dadah dan hala tuju generasi sekarang kepada agama, bangsa dan negara.
.
Program ini juga turut dibantu dengan kehadiran fasiliator-fasiliator dan guru-guru dari kalangan mahasiswa univeristi tempatan dan juga guru sekolah yang masih berkhidmat.
.
Selain aktiviti dalaman, penganjur juga melakukan aktiviti luaran bagi membina jati diri peserta. Antara aktivti-aktiviti yang dijalankan adalah adalah program pendekatan mengenali Allah, menyintai Rasullulah dan menghormati ibubapa di dalam slot Aqobah.
.
Solat secara berjemaah dibuat pada setiap waktu, pengisian rohani, membongkar perasaan peserta dan penayangan slide show yang menunjukkan pentingnya kehidupan ini dengan mengisi perkara-perkara yang berfaedah. Para peserta juga mempunyai lagu tema iaitu ‘Merah Saga’ dan ia menyentuh tentang semangat mempertahankan islam dan negara.

Bagi memeriahkan dan meningkat semangat berpasukan dikalangan perserta program aktiviti permainan bola getah dan tin susu telah diadakan. Program tersebut telah mewujudkan suasana kerjasama dan kesepakatan di kalangan mereka dalam mengejar cita-cita dan matlamat yang diimpikan dan mengelakkan diri dari terjerumus dalam akitiviti seperti merokok dan pengambilan dadah. Peserta juga diberi peluang untuk menikmati bermain air dalam sungai dengan dipantau oleh fasilitator dan urusetia.
.
Program ini menghasilkan natijah yang baik apabila diakhir program, wajah-wajah peserta yang menunjukkan keazaman yang baru untuk perubahan, air mata penyesalan yang ditunjukkan khususnya oleh remaja yang bermasalah. Mereka telah menunjukkan keazaman untuk menjauhi dan tidak akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti pengambilan dan penagihan dadah, berazam untuk meningkat kualiti dan jatidiri menjadi insan yang berjaya dan bertaqwa.
.
Pihak YPT berhasrat untuk memberi peluang kepada kumpulan yang sama meneruskan penyertaan mereka dalam program yang seumpama ini pada masa akan datang bagi memastikan kesinambungan terhadap apa yang telah dipelajari selama dua hari dalam kem tersebut.
.
Pihak YPT mengucapkan penghargaan yang tinggi kepada pihak AADK yang yang telah memberi sokongan yang besar dan seterusnya berharap akan dapat mengadakan program seumpama ini secara lebih kerap dan meluas lagi bersama pihak AADK dalam usaha bersama mewujudkan suasana remaja yang sihat dan anti dadah.

REMAJA MANTAP NEGARA JAYA.

Baner Kem Remaja Rada

Ir. Haji Ismail b. Abdul Rahman selaku Pengerusi YPT
memberi ucapan sekaligus merasmikan program.

Pegawai AADK memberikan ceramah dan penerangan
kepada para peserta Program Kem Waja Rada.
Pegawai AADK menunjukkan slide show mengenai jenis-jenis dadah.

Peserta mengambil wuduk di sungai berhampiran.

Peserta di slot “ Muhasabah Diri “.

Peserta di slot “ Muhasabah Diri “.

Peserta di slot “ Muhasabah Diri “.

Peserta di slot “ Muhasabah Diri “.
Pegawai AADK menerima cenderahati daripada
Encik Nor Khairul Amli b. Abu wakil daripada YPT.
Pegawai AADK dan urusetia program mengambil
gambar bersama peserta sebagai kenangan.



Tuesday, December 15, 2009

PROGRAM KORBAN 2009

27 November 2009 Jumaat

Bersempena Perayaan Idul Adha 1430H
pihak Yayasan Prihatin Titiwangsa turut menjayakan program korban
pada Hari yang Mulia tersebut.

Agihan daging korban juga telah dilaksanakan pada hari tersebut.
Seramai 200 orang individu yang terdiri daripada golong yang kurang
berkemampuan, anak yatim, fakir miskin, OKU dan termasuk Ibu Tunggal
telah menerima daging korban tersebut.

Penyembelihan telah dilakukan di Keramat manakala
penyerahan daging telah dilaksanakan di Kg Baru.

Antara gambar-gambar aktiviti pada hari tersebut;