Sunday, September 6, 2009

JUALAN AMAL 2009


JUALAN AMAL Yayasan sedang berlangsung!
Sehubungan itu, kepada mereka yang berminat untuk menyumbang BARANGAN TERPAKAI
(pakaian lama/ terpakai/barangan rumah terpakai dan sebagainya) adalah amat dialukan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn Aisyah Wahab 019-285 2723

Saturday, August 29, 2009

PERUBAHAN NAMA

DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK YAYASAN TELAH MENUKAR NAMANYA DARIPADA

YAYASAN BUMIPUTRA TITIWANGSA

KEPADA

YAYASAN PRIHATIN TITIWANGSA.

PERUBAHAN INI PERLU BAGI MENJAYAKAN USAHA PIHAK YAYASAN DALAM MENDAPATKAN KELULUSAN PELEPASAN CUKAI DARIPADA PIHAK LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA.

Thursday, December 11, 2008

LATAR BELAKANG YAYASAN

Ditubuhkan pada 1997 dengan objektif awal penubuhannya adalah untuk menerima, mendapatkan, mengurus serta mentadbir dana bagi meningkatkan pendidikan khususnya bumiputra di Titiwangsa. Disamping itu YBT juga beperanan untuk merangsang aktiviti sosio ekonomi, pembangunan, kebajikan dan berkemahiran.

YBT telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan pada 29 April 1997 telah diperakukan sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan dan pada peringkat awalnya ditadbir oleh lima orang lembaga pengarah dalam melaksanakan aktivitnya.

SALAM PENGENALAN

YAYASAN BUMIPUTRA TITIWANGSA (YBT), adalah sebuah (PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN) NGO yang ditubuhkan bagi mengembangkan, membangunkan dan meningkatkan pendidikan dan latihan dalam segala bentuk dari masa ke semasa bagi kebaikan warga Titiwangsa.

Yayasan Bumiputra Titiwangsa (DIDAFTARKAN) sebagai sebuah syarikat dengan tanggungan berhad di bawah Akta Syarikat 1965 dan sedang dalam proses memohon kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi mendapatkan perlepasan cukai di atas setiap sumbangan yang diterima.

Yayasan Bumiputra Titiwangsa diterajui oleh golongan profesional yang berwibawa serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjalankan aktiviti Yayasan dan bekerjasama dengan pihak Kerajaan, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan Swasta.