Friday, October 30, 2009

PROGRAM IBADAH KORBAN 1430H


Program Ibadah Korban 1430H
Anjuran Yayasan Prihatin Titiwangsa kini kembali!
Penyertaan anda amat dialu-alukan!
Untuk maklumat lanjut sila hubungi;

Hj Murad 019-275 9238
Mejar (B) Raja Lope Ahmad 012-603 1765
Hj Yusoop 019-210 6473
Pn Samila 019-269 8829
Atau
Tel: 03-2694 7672
Faks: 03-2694 7672
Atau
BAYARAN KE AKAUN:
YAYASAN PRIHATIN TITIWANGSA
MAYBANK
5647 9910 6040
BORANG KORBAN
Sila klik link disebelah atau Imej dibawah...








Wednesday, October 28, 2009

MEMORI KORBAN 1429H



7 Disember 2008 bersamaan 9 Zulhijah 1429H
Yayasan Prihatin Titiwangsa telah menjalankan program Ibadah Korban dengan jayanya.
Sebanyak 11 ekor lembu telah dikorban pada hari tersebut.
Sumbangan dan penyertaan semua yang terlibat adalah amat dihargai.
Insya Allah, pada tahun ini 1430H/2009 pihak Yayasan akan sekali lagi melaksanakannya. Maklumat lanjut mengenai PROGRAM IBADAH KORBAN 1430H akan diterbitkan dalam waktu terdekat.
Kepada yang berminat untuk menyertainya bolehlah menghubungi pihak kami.



































Akan Datang ...


Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS SUMBANGAN RAMADAN DI PPR COCHRANE PERKASA

12 September 2009 Sabtu
22 Ramadan 1430H
PPR Cochrane Perkasa, Kuala Lumpur

Sekali lagi Yayasan Prihatin Titiwangsa meneruskan program kebajikan di bulan yang mulia ini.
Kali ini ianya berlangsung di Surau Babul Khairat, PPR Cochrane Perkasa. Seramai 96 orang terlibat menerima sumbangan sempena bulan Ramadan 1430H. Mereka terdiri daripada Ibu Tunggal, OKU, Anak Yatim, Fakir Miskin dan seorang warga keturunan India yang mendapat sebuah kerusi roda baru.
Majlis dirasmikan oleh YB Dr. Lo' Lo' Dato Hj Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa.
Majlis dimulakan dengan acara Khatam AlQuran oleh pihak Muslimat. Seterusnya dengan Tazkirah ringkas, Ucapan YB Dr. Lo' Lo' dan penyampaian sumbangan. Di penghujungnya, semua yang hadir dijamu dengan berbuka puasa di surau tersebut.
Sekalung terima kasih di ucapkan kepada YB Dr. Lo' Lo', Ahli Parlimen Titiwangsa kerana turut hadir sama meraikan majlis tersebut walaupun kesihatan beliau belum pulih sepenuhnya. Tidak dilupakan kepada semua petugas yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Khususnya kepada para dermawan yang pemurah dalam menyalurkan dana sehingga majlis ini dapat berlangsung dengan jayanya.
Semoga Allah SWT membalas dengan ganjaran yang sepatutnya kepada semua yang terlibat.
Berikut adalah suasana di majlis tersebut untuk tatapan semua.