Thursday, November 26, 2009

Perkembangan Pembedahan Adik Nazira Alia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Adik Nazirah Alia telah dimasukkan ke Wad untuk pembedahan pada 16 November hingga 20hb. November 2009. Adik Nazirah Alia telah pembedahan 'Chemo Port' dan P.E.G kos RM1350.00 sudah di jelaskan hasil sumbangan orang ramai yang sudi membantu. Adik Nazirah Alia akan menjalani satu lagi pembedahan P.E.G pada bulan Januari nanti yang memerlukan bayaran dan belum di jelaskan. Oleh itu sumbangan dari mereka yang bersimpati terhadap penderitaan yang di tanggung oleh Adik Nazirah, bolehlah terus menghulurkan sumbangan.
Sumbangan ikhlas anda amat di hargai, salurkan sumbangan dan SETIAP SUMBANGAN BOLEH MENDAPAT PELEPASAN CUKAI (NO. RUJ - LHDN.01/35/42/51/179-6.6515) Salurkan melalui ;

YAYASAN PRIHATIN TITIWANGSA
AKAUN MAYBANK NO ; 564799106040

Monday, November 16, 2009

Lawatan Ke Rumah Adik NAZIRAH ALIA

Pada 13November, 2009 (Jumaat), Pengurus Yayasan Prihatin Titiwangsa, Puan Samila binti Said bersama rombongan YPT telah menziarahi Adik NAZIRAH ALIA yang telah mengidapi penyakit “CYCTHIC FIBROSIS” sejak Oktober 2008 lagi.

Wakil YPT telah sempat bertanya khabar mengenai perkembangan Adik Nazirah Alia kepada ayah beliau Encik Noor Ismail. Beliau memberitahu bahawa anaknya masih lagi menunggu untuk melakukan pembedahan. Buat masa ini anaknya terpaksa mengambil beberapa jenis ubat dan salah satu ubat yang terpaksa dimakan oleh adik NAZIRAH ALIA berharga RM170 seratus biji dalam masa sebulan.



Ayah beliau turut memberitahu, ubat tersebut yang diimport dari luar negara hanya ada di Pusat Perubatan Universiti Hospital. Pengidap penyakit ini hanya tidak lebih sepuluh orang dan adik Nazirah adalah pengidap yang termuda.

Di samping itu kos pembelian susu untuk Nazirah Alia berharga RM380 yang telah menyebabkan Encik Noor Ismail terpaksa mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM 550.00 sebulan. Menurutnya kos itu adalah seumur hidup dan akan bertambah mengikut pertambahan umur.



Adik Nazirah kini, tidak suka pada orang yang berpakaian kemas kerana menyangka mereka adalah di antara doktor yang ingin merawat beliau.



Nazirah Alia kini di wad pediatrik 4 bangunan bersalin PPUM dan akan menjalani pembedahan pada esok pagi pada pukul 10.00. Sms ini di hantar oleh ayah Nazirah Alia ini berada di sana dan sedang menunggu proses pembedahan di lakukan. (makluman ini kami terima pada malam 16, November 2009. Ketika catatan ini sedang dimuatkan ke dalam blog YPT)

Oleh itu, pihak kami masih lagi memohon jasabaik pembaca agar menyalurkan sumbangan untuk membantu meringankan beban ibubapa beliau.

Sumbangan ikhlas anda amat di hargai, salurkan sumbangan dan SETIAP SUMBANGAN BOLEH MENDAPAT PELEPASAN CUKAI (NO. RUJ - LHDN.01/35/42/51/179-6.6515) Salurkan melalui ;



YAYASAN
PRIHATIN TITIWANGSA
AKAUN MAYBANK NO ;
564799106040

sekiranya anda tidak mampu memberi sumbangan untuk adik NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL, diharap anda menyebarkan berita ini kepada rakan-rakan anda. Bantuan anda amat sangat dihargai. Semoga tuhan dapat membalasnya.


(di edit oleh - http://oaa-microsystem06.blogspot.com/ )

Sunday, November 8, 2009

Ibadah Korban




Info Ibadah Korban

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Ibadah korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah.

Firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (Muhammad) kebaikan yang banyak. Maka “sembahyanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)”. (Al-Kautsar:1-2)


Hukum Korban

Hukumnya Sunat Muakkad. Adapun bagi mereka yang bernazar hukumnya adalah wajib. Bagi mereka yang berkemampuan adalah makruh meninggalkan amalan ini.

Wajib hukumnya kepada Rasulallah s.a.w berdasarkan hadis: “Diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan amalan sunat bagi kamu”. (Riwayat Imam Tirmizi)


Maksud Korban

Menyembelih binatang ternakan yang terdiri dari unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai *umur pada Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) selepas sembahyang sehinggalah gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah.


Umur Binatang

* Unta 5 tahun ke atas - 7 bahagian
* Lembu, kerbau 2 tahun ke atas - 7 bahagian
* Kambing 2 tahun ke atas - 1 bahagian
* Bebiri, kibas 1 1/2 tahun ke atas - 1 bahagian

Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.


Amalan

Perkara sunat ketika menyembelih binatang korban:

* Membaca bismillah
* Selawat ke atas Nabi
* Menghadap Kiblat
* Bertakbir
* Berdoa agar diterima ibadah korban


Makluman

Daging korban yang diniat nazar oleh orang yang bernazar, hendaklah disedekahkan semuanya.

1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan kepada orang kaya mengikut mazhab syafie.

Disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:

“Wahai Fatimah!, berdirilah disisi disisi korbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu”. (Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban)

Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban.

Imam Khatib di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tersebut. Sekiranya tidak mampu, disunatkan bagi mereka menyaksikan penyembelihan itu.


OBJEKTIF PROGRAM

Memberi bantuan dan agihan daging-daging korban kepada golongan asnaf (fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim) di sekitar kawasan Kg. Baru, Dato’ Keramat, Kg. Pandan dan kawasan-kawasan lain yang memerlukan.


LOKASI SASARAN

Rumah anak-anak Yatim sekitar Kg. Baru, Dato, Keramat dan Kg Pandan.

* Perumahan-perumahan Awam sekitar Kg. Baru, Dato’ Keramat dan Kg. Pandan.
* Surau dan Masjid sekitar Kg. Baru, Dato’ Keramat dan Kg. Pandan
* Kawasan-kawasan lain yang memerlukan (luar dari kawasan)


HARGA PENYERTAAN

Harga setiap penyertaan bagi satu (1) bahagian korban (lembu) adalah berharga; RM 360.00 sahaja (termasuk kos pengurusan).

Semua pengurusan korban dan agihan akan dikendalikan oleh pihak Yayasan sendiri.


Latar Belakang YAYASAN PRIHATIN TITIWANGSA

Yayasan Prihatin Titiwangsa (YPT) ditubuhkan pada 29 April 1997 dengan hasrat dan impian menyalurkan bantuan dan kebajikan kepada semua lapisan masyarakat khususnya di Titiwangsa.

Sehingga kini, visi dan misi YPT masih segar diperjuangkan. Iltizam menjayakan peranan YPT diserlahkan pada beberapa program mutakhir yang dijalankan dengan jayanya.

Sempena Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang tiba, YPT mengambil inisiatif mengadakan satu program untuk manfaat masyarakat yang amat memerlukan khususnya fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim.




di edit oleh ;
http://oaa-microsystem06.blogspot.com



Friday, November 6, 2009

Prihatin Terhadap DERITA Adik NAZIRAH


Pihak Yayasan Prihatin Titiwangsa ingin mengajak para pembaca, kawan2, apatah lagi para Dermawan untuk mohon sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang di tanggung oleh ;


Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami cirit birit sepanjang masa.

Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan jarang ditemui di benua asia. Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari.
a
a
Alia juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan untuk menyahkan kuman dalam badannya. Alia memerlukan pembelanjaan perubatan melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi.


Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun dimana sekalipun yang prihatin dan simpati pada Alia bolehlah menyalurkan sumbangan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah) bagi membiayai keperluan dan berikhtiar untuk meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai.


Sumbangan ikhlas anda amat di hargai, salurkan sumbangan dan SETIAP SUMBANGAN BOLEH MENDAPAT PELEPASAN CUKAI (NO. RUJ - LHDN.01/35/42/51/179-6.6515) Salurkan melalui ;


YAYASAN
PRIHATIN TITIWANGSA
AKAUN MAYBANK NO ;
564799106040

sekiranya anda tidak mampu memberi sumbangan untuk adik NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL, diharap anda menyebarkan berita ini kepada rakan-rakan anda. Bantuan anda amat sangat dihargai. Semoga tuhan dapat membalasnya.(di edit oleh - http://oaa-microsystem06.blogspot.com/ )